PELALIAN BCG
Pelalian BCG adalah salah satu komponen intervensi yang termudahdan mudah di dalam Program Kawalam Tibi.Di Malaysia, Program Pelalian BCG Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun 1961 dengan objektif pada waktu itu untuk mencapai 95% liputan pemberian Pelalian BCG Primer di kalangan kumpulan kanak-kanak yang layak (sehingga umur 20tahun). Kajian telah menunjukkan dengan pemberian Pelalian BCG ianya dapat mencegah Tuberkulosis (TB) di kalangan kanak-kanak terutama jenis TB yang teruk seperti TB Meningitis dan Miliari TB.
Sehingga tahun 1974 apabila "WHO Expert Committe on Tuberculosis" telah mencadangkan untuk memberi 'revaccination' di kalangan kanak-kanak yang pernah menerima Pelalian BCG Primer, pada tahun 1975 ianya telah diputuskan bahawa dalam tujuan untuk mengekalkan tahap immuniti di kalangan kumpulan remaja dan awal dewasa bertujuan untuk melindungi dari penyakit TB, 'revaccination' (booster dose) telah diperkenalkan di Semenanjung Malaysia (untuk murid Darjah 6) dan pada tahun 1976 di negeri Sabah (untuk murid Darjah 1) dan Sarawak (untuk murid Darjah 6).
Di bawah Program Pelalian BCG usaha telah dijalankan untuk mempastikan liputan pelalian pada masa itu adalah >95%.Antara usaha yang dijalankan termasuklah mempastikan semua bayi baru lahirdiberikan Pelalian BCG Primer dan pemberian Pelalian BCG di kalangan kanak-kanak pra-sekolah , kanak-kanak sekolah rendah dan menengah yang dikenalpasti tidak mempunyai parut BCG semasa aktiviti penilaian BCG/Program Kesihatan Sekolah dijalankan.
Sehingga tahun 1995 apabila pihak WHO telah menjalankan meta-analisis terhadap 1,264 dokumen, 14 trial prospektif dan 12 kajian kes-kontrol menunjukkan bahawa pemberian Pelalian BCG Primer di kalangan bayi baru lahir dan kanak-kanak boleh melindungi mereka dari jenis 'disseminated' dan TB yang teruk dan pemberian 'revaccination' (booster dose) tidak menunjukkan atau dapat memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan TB.Oleh yang demikian bagi mereka yang pernah menerima pelalian BCG, suntikan ulangan adalah adalah tidak dicadangkan berdasarkan dari bukti yang ada tidak menyokong amalan ini.Sehubungan dengan itu di Malaysia, polisi Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan 'revaccination' (booster dose) diberhentikan pemberiannya bermula 1 hb Julai 2002 setelah mengambilkira dari kos-efektif pemberian 'revaccination' (booster dose) tidak memberi perlindungan tambahan kepada seseorang itu dari dijangkiti TB.
Objektif utama Program Pelalian BCG di bawah Pelan Tindakan TB Kebangsaan adalah untuk mempastikan semua bayi baru lahir diberikan Pelalian BCG sebelum mereka dibenarkan keluar dari hospital (bagi kelahiran di Hospital/Tempat Kelahiran) termasuk juga kelahiran yang berlaku di rumah.Sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah 100% liputan Pelalian BCG.
No comments:
Post a Comment